RETROSPEKTIF : MAJALAH SARAWAK 93 : LAWATAN RAJA PERLIS KE SARAWAK (1981)

#LensaFINAS #RetrospektifSinema FINAS mempersembahkan program ’Retrospektif’ dengan tayangan eksklusif dokumentari ’Majalah Sarawak 93 : Lawatan Raja Perlis Ke Sarawak (1981)’ terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan pada tahun 1979, DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Permaisuri berkenan mengadakan lawatan rasmi ke Sarawak. Kehadiran baginda disambut dengan penuh istiadat diketuai oleh TYT Yang Dipertua Negeri Datuk Patinggi Abang Hj Mohamad Salahuddin dan isteri. Dalam lawatan ini, baginda mengurniakan Darjah Kehormat Perlis: Seri Paduka Mahkota Perlis kepada TYT yang Dipertua Negeri. Baginda berdua dipersembahkan dengan tarian-tarian kebudayaan: Tudung Saji, Ajat Lesong, Tarian Bunga, Bulu Burung, Tolak Bala dan dibawa melawat Kem Kelima Rejimen Ranjer di Pakit dan mengurniakan Darjah Seri Mahkota Perlis kepada Kol Rajbaha Singh Gill, dan seterusnya meneruskan lawatan ke Sarawak Motor Industri, manakala Raja Permaisuri pula dibawa melawat Ibu Pejabat Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 30 Disember 2021 (Khamis) jam malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 31 Disember 2021 (Jumaat) jam malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di #MenangBersama #LindungDiriLindungSemua #KeluargaMalaysia #FilemKitaCitraKita
В начало