Dawn Raid - Serangan Subuh Yang Menggemparkan Dunia

Dawn Raid - Serangan Subuh Yang Menggemparkan Dunia Pada 7 September 1981, London Stock Exchange (LSE) telah dikejutkan dengan satu serangan dalam pengambil alihan syarikat perladangan British iaitu Guthrie, oleh kerajaan Malaysia. Serangan ini hanya dilakukan dalam masa sekitar 4 jam sahaja, yang dipimpin oleh Tun Dr Mahathir. Peristiwa besar ini dikenali sebagai Dawn Raid atau Serangan Subuh. Jadi video kali ini, kami ingin berkongsi kronologi, dan individu yang bertanggungjawab dalam menjayakan serangan ini. Dan video ini dibuat diatas permintaan daripada viewer kami. Tahniah anda adalah yang pertama. Sebelum itu, kita perlu mengenali Guthrie. Guthrie merupakan syarikat perladangan British yang tertua dan terbesar di Malaysia pada waktu tersebut. Disebabkan polisi Tunku Abdul Rahman yang menggalakkan pelaburan asing, menyebabkan syarikat Guthrie ini terus berpengaruh selepas merdeka. Sebenarnya, Terdapat juga agensi tempatan yang memegang saham di dalam Guthrie, iaitu Permodalan Nasional Berhad (PNB) se
Back to Top