Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah melakukan penyelidikan tentang molekul air. Gambar diambil dengan mikroskop elektron menggunakan kamera halaju tinggi. Lalu molekul air tersebut membentuk kristal berbentuk segi enam yang indah.
Kemudiannya diulang dengan meyebut kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)“ lalu kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato“. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selepas itu, ditunjukkan kata “setan“, kristal berubah menjadi bentuk buruk.
Didengarkan pula molekul air itu dengan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Kemudian dengan musik heavy metal pula diperdengarkan, bentuk kristal tadi hancur.